BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Powered By Blogger

Thursday, April 15, 2010

apa dah jadi dengan arsenal???haha

PEMAIN Spurs, Gareth Bale (kiri) menewaskan penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia dalam saingan EPL di Stadium White Hart Lane, kelmarin.
PEMAIN Spurs, Gareth Bale (kiri) menewaskan penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia dalam saingan EPL di Stadium White Hart Lane, kelmarin.
Kami belum matang tapi satu mata mungkin selamat: Wenger

LONDON: Arsene Wenger akur betapa usaha Arsenal memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini boleh dianggap 'sudah terkubur' selepas tewas kepada Tottenham Hotspur 2-1, kelmarin.
Pengurus berbangsa Perancis itu hanya dapat menunjukkan wajah merah padam selepas pemain lawan berusia 19 tahun, Danny Rose dan Gareth Bale mengesahkan kemenangan buat tuan rumah di White Hart Lane dan sekali gus menyentap cabaran mereka mengejar Chelsea atau pun Manchester United.
“Kami kalah dalam perlawanan yang sepatutnya kami tidak harus kalah ketika dalam buruan mahkota kejuaraan. Ini jelas menunjukkan kami belum cukup matang,” katanya.

“Jika anda mahu menang gelaran anda tidak harus kalah dalam perlawanan seperti ini. Ada banyak yang harus dilakukan untuk menang dan kami tampak tidak akan memenanginya. Apapun, kami akan berjuang sehingga ke perlawanan terakhir.

“Kalau mendapat satu mata pun mungkin kami masih dapat bernyawa.”
Jaringan tunggal Arsenal adalah sumbangan Nicklas Bendtner pada minit ke-85 tetapi usaha itu dianggap sudah terlambat.
Pengurus Spurs, Harry Redknapp akur kemenangan itu sudah membuka peluang mereka untuk memintas Manchester City merebut slot tempat keempat ke Liga Juara-Juara Eropah.

“Kami sudah mendapat hidu peluang itu. Kami masih perlu banyak bekerja dan peluang kini sudah terbuka bagi pasukan kami,” katanya.

Redknapp membuat percaturan ke atas Rose dan pemain muda itu memulangkan hasil besar kepada kelab dengan jaringan yang hebat pada babak pertama

0 comments: